Sunday, August 14, 2011

Program Ihya Ramadhan ABIM Daerah Putatan...

21 Ogos 2011, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Putatan telah mengadakan majlis penutupan Progarm Ihya Ramadhan Membina Belia Bertaqwa 2011/1432H Peringkat Daerah Putatan bertempat Kompleks Jabatan Belia dan Sukan (P) Sabah, Pasir Putih dan telah dirasmikan oleh YDP ABIM Sabah, Dr. Abdulllah Bade.



Ucapan Perasmian Oleh Ydp ABIM Sabah Y.Bhg Dr. Abdullah Bade

Program penutupan tersebut telah dihadiri oleh 64 orang pelajar dari sekolah menengah iaitu SMK Putatan, SMK Tansau, SMK Datuk Peter Monjuntin dan SMK (A) Tun Datu Mustpha.



Ucapan Alu-Aluan Oleh YDP ABIM Daerah Putatan, Y.Bhg Abdul Ramlee Ibrahim

Objektif utama program ini adalah, Membina kesedaran dalam diri golongan muda akan kepentingan mempertingkatkan penghayatan terhadap bulan Ramadan dan ibadah puasa serta Memperkukuhkan iltizam dalam diri untuk menghayati dan memahami al-Quran.



Kumpulan sasar untuk program ini merupakan pelajar tingkatan empat dan enam rendah. Program ini telah mendapat kerjasama dari beberapa agensi kerajaan & Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menjayakan program tersebut dan agensy tersebut merupakan Jabatan Belia & Sukan (P) Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHAEAIS) & Majlis Belia Sabah (MBS).



Ucapan Penghulu Peserta Sdr. Syukur

Program ini juga bukan hanya bersandar kepada perlunya pemahaman erti bulan Ramadhan dan al-Quran tetapi pada masa yang sama pemahaman ketaqwaan yang baik dalam melahirkan generasi yang matang beritisarikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai penerus atau pelapis kepimpinan negara serta peradaban negara pada masa hadapan yang baik.



Para Peserta Mendengar Ceramah Yg Disamapaikan Tn. Hj Lamsin

Ini dapat dilihat hasil didikan terhadap Sultan Muhammad al-Fateh berlunaskan elemen syariah dan berjaya melahirkan pemimpin terbilang dengan ketaqwaan yang tinggi sehingga berjaya menakluk Kota Constantiple pada usia 21 tahun.

Maka, untuk misi ini ia memerlukan kekentalan sifat taqwa kepada ALLAH swt. Ketamdunan Islam lalu ditegakkan atas nilai ketaqwaan yang tinggi sehingga mencapai zaman keemasan pada kurun ke 8 hingga 15 menyaksikan menguasaan pelbagai bidang ilmu dan kuasa ekonomi yang menjadi titik puncak zaman Renaicess di era zaman pertengahan benua Eropah.

Kepimpinan bersifat demikian diperlukan dalam usaha pembinaan negara kita yang tercinta seperti dasar Transformasi 1 Malaysia ke arah keberhasilan berpendapatan tinggi negara dengan mendukung Wawasan 2020 status negara maju yang progresif.

Program ini telah bermula pada minggu pertama Ramadhan iaitu 6 Ogos 2011 yakni melibatkan dua buah sekolah dalam gugusan Daerah Putatan manakala sebuah sekolah lagi dari Daerah Papar.

Pada minggu pertama, program tersebut telah diadakan SMK Tansau bertempat di Surau SMK Tansau dan dihadiri sekitar 72 orang pelajar. Pada minggu berikutnya yakni 12 Ogos, program diadakan di SMK Putatan bertempat Surau Sekolah SMK Putatan yang dihadiri 80 orang pelajar. Dengan inisiatif pihak SMK Putatan maka para pelajar Pra U (Tingkatan Enam) bergotong-royong dalam menyediakan juadah berbuka puasa.

Sekolah terakhir adalah sekolah SMK (A) Tun Datu Mustapha, pelajar yang menghadiri program ini mencatatkan jumlah yang terbesar iaitu berjumlah 140 orang pelajar yang memberangsangkan dan telah mendapat kerjasama dari pihak sekolah yang bertempat di surau sekolah tersebut.

Program ini perlu diteruskan pada masa akan datang dan perlu diperbanyakkan untuk memberi ruang kepada peserta khususnya para pelajar bagi membentuk belia yang bertaqwa sebagai elemen terpenting dalam menggemudi negara pada masa hadapan disamping menerapkan berkepimpinan dengan nilai berintergriti dan termasuk dalam membina kesedaran dalam diri golongan muda akan kepentingan mempertingkatkan penghayatan terhadap bulan Ramadan dan ibadah puasa serta memahami dan menghayati al-Quran.

ABIM Daerah Putatan juga turut menjalankan “Program Singgah Sahur” disekitar gugusan Daerah Putatan pada 23.8.2011 bersamaan 23 Ramadhan 1432H dengan anjuran bersama Majlis Belia Sabah (MBS). Antara kawasan fakir miskin yang terpilih dalam sesi Program Singgah Sahur adalah sekitar Kg. Ulu, Putatan & Kg. Contoh, Putatan.


Keunikan sepanjang perjalanan Program Singgah Sahur pada hari tersebut adalah Jawatankuasanya dalam rombongan bukan hanya diikuti oleh para Jwatankuasa Muslim tapi turut terdiri dari pelbagai bangsa dan agama dari gabungan sebahagian persatuan-persatuan lain yang di ketua sendiri oleh Sdr. Kelvin Presiden MBS.

Ini membuktikan inspirasi semangat 1 Malaysia dalam gagasan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak. Semangat inilah yang ditunjukkan & dipratikkan oleh MBS dan ABIM Daerah Putatan serta ABIM Sabah khususnya dalam program tersebut.

laporan, Pengarah Program Ihya Ramadhan Peringakat Daerah Putatan, Sdr. Putera Aliif Al’Ain Bin Jasni. Berita Bergambar boleh ke FB saya, Putera_eco@yahoo.com.my

Monday, August 8, 2011

SEMINAR MEMPERINGATI TOKOH III : ”LUQMAN AL-HAKIM ”



FORUM :“HIKMAH LUQMAN AL-HAKIM DALAM PENDIDIKAN REMAJA”
Ahli Panel :
a) Putera Aliif Al-Ain Bin Jasni (Exco Ekonomi ABIM Sabah)
b) Basri Bin Abbas (Exco Perancang Strategi ABIM Sabah)
c) Kasmayanah Binti Aco (S/U Agung MPP Kolej Yayasan Sabah)

Moderator : Muhd KamaluYasir (Presiden SISMA ABIM Sabah)


Pada 25 Jun 2011, ABIM Daerah Putatan telah mengadakan Program SEMINAR MEMPERINGATI TOKOH III : ”LUQMAN AL-HAKIM ” bertempat di Dewan Kinabalu, SMK Putatan yang turut di hadiri oleh pelajar-pelajar SMK TANSAU & SMK BAHANG. Surah luqman merupakan surah yang khusus membicarakan keperibadian dan nasihat luqman pada anaknya serta manusia seluruhnya agar kembali pada kekuatan asas dalam pendidikan dan keperibadian.



Ucap utama :
KONSEP KEPERIBADIAN LUQMAN AL-HAKIM

Y.Bhg Sdr. Tn. Hj Mustapha Hj Sakmud
WADAH Sabah

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". (Surah Luqman :12 )



Program ini bertujuan bagi memberi semangat dan motivasi dalam bentuk nasihat-nasihat yang berhikmah lontaran bicara seorang tokoh yang berkhudwah hasanah tinggi iaitu Luqman Al-Hakim, yang terpatri dalam Al-quran. Menyeru pelajar dan masyarakat kembali pada fitrah pendidikan yang bertunjangkan kehanifan ilmu.



Era modenisasi menyaksikan golongan remaja menjadi sasaran utama dalam arus budaya hedonisme. Statistik yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara amat mengejutkan ramai pihak di Negara ini kerana sebanyak 257000 kes anak luar nikah yang telah berdaftar dilahirkan dalam tempoh empat tahun ini manakala statistik yang dikeluarkan oleh HELWA ABIM Kebangsaan pula, menunjukkan setiap 17 minit anak luar nikah dilahirkan di Negara ini sekaligus memberi cerminan betapa rapuhnya akhlak golongan muda mudi pada masa ini..



Ekoran itu, Abim daerah putatan ingin tampil untuk membantu golongan remaja agar melalui pelaksanaan Program “Seminar Nasihat Luqman Al-Hakim” bagi membantu golongan ini agar mampu membimbing diri dengan nasihat yang berhikmah. Pendekatan yang jitu dan mapan perlu diambil bagi memastikan fenomena ini tidak menjadi barah dalam masyarakat di Negara ini hingga mampu meranap peradaban dunia bangsa.