Monday, August 8, 2011

SEMINAR MEMPERINGATI TOKOH III : ”LUQMAN AL-HAKIM ”



FORUM :“HIKMAH LUQMAN AL-HAKIM DALAM PENDIDIKAN REMAJA”
Ahli Panel :
a) Putera Aliif Al-Ain Bin Jasni (Exco Ekonomi ABIM Sabah)
b) Basri Bin Abbas (Exco Perancang Strategi ABIM Sabah)
c) Kasmayanah Binti Aco (S/U Agung MPP Kolej Yayasan Sabah)

Moderator : Muhd KamaluYasir (Presiden SISMA ABIM Sabah)


Pada 25 Jun 2011, ABIM Daerah Putatan telah mengadakan Program SEMINAR MEMPERINGATI TOKOH III : ”LUQMAN AL-HAKIM ” bertempat di Dewan Kinabalu, SMK Putatan yang turut di hadiri oleh pelajar-pelajar SMK TANSAU & SMK BAHANG. Surah luqman merupakan surah yang khusus membicarakan keperibadian dan nasihat luqman pada anaknya serta manusia seluruhnya agar kembali pada kekuatan asas dalam pendidikan dan keperibadian.



Ucap utama :
KONSEP KEPERIBADIAN LUQMAN AL-HAKIM

Y.Bhg Sdr. Tn. Hj Mustapha Hj Sakmud
WADAH Sabah

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". (Surah Luqman :12 )



Program ini bertujuan bagi memberi semangat dan motivasi dalam bentuk nasihat-nasihat yang berhikmah lontaran bicara seorang tokoh yang berkhudwah hasanah tinggi iaitu Luqman Al-Hakim, yang terpatri dalam Al-quran. Menyeru pelajar dan masyarakat kembali pada fitrah pendidikan yang bertunjangkan kehanifan ilmu.



Era modenisasi menyaksikan golongan remaja menjadi sasaran utama dalam arus budaya hedonisme. Statistik yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara amat mengejutkan ramai pihak di Negara ini kerana sebanyak 257000 kes anak luar nikah yang telah berdaftar dilahirkan dalam tempoh empat tahun ini manakala statistik yang dikeluarkan oleh HELWA ABIM Kebangsaan pula, menunjukkan setiap 17 minit anak luar nikah dilahirkan di Negara ini sekaligus memberi cerminan betapa rapuhnya akhlak golongan muda mudi pada masa ini..



Ekoran itu, Abim daerah putatan ingin tampil untuk membantu golongan remaja agar melalui pelaksanaan Program “Seminar Nasihat Luqman Al-Hakim” bagi membantu golongan ini agar mampu membimbing diri dengan nasihat yang berhikmah. Pendekatan yang jitu dan mapan perlu diambil bagi memastikan fenomena ini tidak menjadi barah dalam masyarakat di Negara ini hingga mampu meranap peradaban dunia bangsa.


No comments:

Post a Comment