Monday, January 30, 2012

Lawatan Muhibbah ke Kota Marudu

Assalammualaikum wrt..

agak lama saya dah tidah update blog ini kerna sibuk akan tugasan program Dakwah serta kerjaya.

Pada 31/12/2011 lalu, ABIM Putatan telah membuat lawatan ziarah kerja ke Kota Marudu yakni lawatan Muhibah ke Gabungan Belia Islam Kota Marudu (GBIKM) Merangkap ABIM Kota Marudu yang di Ketuai Ustaz Ajrin Bin Abdul Karim. Kerjasama program yang dibincangkan adalah Program Agihan Zakat Telekom Malaysia Cawangan Sabah.

Selain itu, perkara lain turut dibincangkan merupakan hal berkaitan program yang dijalankan oleh GBIKM yang dilihat amat menarik komprenhensif seperti Program Kembara Dai & reka bentuk "flyers" mingguan yang menarik.



Sebelum perbincangan dimulakan, pihak GBIKM sebelum itu mengaakn usrah mingguan bertempat di Masjid At Taqwa, Masjid Daerah Kota Marudu.

Ustaz Ajrin turut melaporkan bahawa masalah utama umat Islam d Kota Marudu adalah cengkaman bertali arus "dakyah-dakyah kristian". Jesteru,menjadi tugas besar dalam menangani masalah tersebut secara Dakwah IstiQomah & kolektif khususnya kepada para Mualaf yang amat memerlukan bimbingan asas Fardhu Ain.

No comments:

Post a Comment